|
Madu - Ubat pelbagai penyakit
MADU begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Kebiasaannya, masyarakat Melayu mempercayai bahawa madu adalah penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan
dengan masalah kelamin atau seksual.
Kepopularan madu ini juga berkait rapat dengan saranan di dalam agama Islam itu
sendiri.
Al-Quran menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun
kesihatan tubuh badan dan rohani agar dapat mengerjakan segala perintah Allah s.w.t. dengan teratur.
Firman Allah dalam
surah an-Nahl: 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah
dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan
bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.
Rasulullah
s.a.w. juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah
olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Secara tidak langsung,
ia membuktikan bahawa madu mempunyai keistimewaan tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan.
Di samping
itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Keistimewaan madu ini turut
diakui oleh Latifah Napiah, 40, pengedar tunggal Madu Kandoo (madu Iran) di pasaran Malaysia.
Dengan keyakinan bahawa
setiap penyakit itu pasti ada ubatnya yang diterangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.: Berubatlah, maka sesungguhnya Allah
tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua. (Hadis riwayat
Abu Daud)
"Mereka yang mengetahui khasiat madu akan menggunakannya secara rutin. Hal ini bukan hanya teori tetapi telah
dibuktikan daripada beberapa kajian yang dilakukan."
"Jika diamalkan setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai
penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya dalam kita melaksanakan ibadah puasa."
"Madu juga seringkali digunakan
untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian."
"Selain itu, mereka yang
mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat," katanya sewaktu ditemui di
Taman Samudra, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Tambah pemilik Tiffa Beauty Care & Aromatherapy ini lagi, hadis
daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang makan madu tiga kali sehari di dalam setiap bulan, tidak
akan tertimpa ke atasnya bala yang besar, banyak kebenarannya.
Menurut Latifah, dalam perubatan tradisional, madu
dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit.
Jika disapukan madu, akan dapat mengurangkan
kesakitan sengatan dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan amat cepat menyembuhkan
bahagian yang terbakar.
Pengambilan madu juga boleh menyembuhkan batuk dan mencegah daripada
kekejangan pada otot tubuh, khususnya pada bahagian kaki.
Di samping itu, banyak lagi penyakit yang
boleh disembuhkan dengannya, misalnya hidung tersumbat dan kanak-kanak yang kencing malam.
Terang
Latifah, madu tersusun atas beberapa molekul gula, seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral, asid amino dan asid
folik.
Ia dipercayai boleh memberi tenaga, kecergasan badan dan minda serta membina kesihatan dengan membaik-pulih
sistem dalaman badan.
Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti
madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.
Bertepatan dengan firman Allah s.w.t., madu adalah ubat yang menyembuhkan
bagi manusia.
Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World
Apiculture Conference) pada 20-26 September 1993 di China.
Di dalam persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan
menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis
dapat mengubati pelbagai penyakit.
Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, bahawa beliau cuba
menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2002 daripada 2094 pesakitnya sembuh sama sekali.
Para
doktor dari Polandia juga mengatakan bahawa getah lebah dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti
buasir, penyakit kulit, penyakit gynecology dan pelbagai penyakit lainnya.
MADU ASLI
|